Powered By Blogger

Tuesday, November 2, 2010

Wat



ape hang tgh pikiaq pasai james watt?? no no no! absolutely not! ni cerita tentang Angkor Watt.

ANGKOR WAT

what is it with angkor watt. style x ayat tu?..he3.. ok2 back to topik, Angkor Wat ni sebuah kompleks kuil di Angkor, Kemboja. Ianya telah dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.

No comments: